Riyadh undang 1,000 lagi warga Palestin tunaikan haji

Shopee Sale

GLOBAL | Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menganjurkan inisiatif itu mengikut titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Menterinya, Abdullatif Abdulaziz Al Al-Sheikh yang menyelia program itu menyatakan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.

Dia memuji Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi atas tindakan itu yang mencerminkan keprihatinan dan penjagaan berterusan baginda terhadap rakyat Palestin.

Ia juga dianggap menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi Riyadh terhadap perjuangan Palestin di semua peringkat.

“Isyarat kemanusiaan ini bukanlah perkara asing bagi kerajaan yang telah berdiri bersama rakyat Palestin sejak zaman pengasas Raja Abdulaziz hingga ke era Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sekarang,” katanya.

MENARIK:  Pemuda Umno tubuh pasukan petugas aduan rakyat

Pada Mei lalu Raja Salman mengundang 1,000 warga Palestin menunaikan haji pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijemput kepada 2,000 jemaah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular