Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$114.7 bilion setakat Julai

Shopee Sale

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion setakat 31 Julai 2024 daripada AS$113.82 bilion (AS$1=RM4.47) dicatatkan pada 28 Jun, 2024.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah satu kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$101.1 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.13 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM541.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.18 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM45.34 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.19 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85 bilion), deposit lain (RM66.74 bilion), kertas Bank Negara (RM15.50 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM2.89 bilion).

MENARIK:  Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular