'Rujuk RUU pindaan kewarganegaraan ke jawatankuasa khas dulu'

Shopee Sale

PARLIMEN | Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin membangkitkan kebimbangan berhubung beberapa bahagian dalam rang undang-undang (RUU) pindaan kewarganegaraan dan menggesa kerajaan membuat penilaian semula.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata RUU tersebut ada “beberapa kelompongan” dan mencadangkan ia dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas parlimen (JPKP) sebelum ia diluluskan di Dewan Rakyat.

Dia membangkitkan dua perkara, yang pertama berkenaan cadangan agar anak kepada ibu bapa bukan warga berstatus pemastautin tetap untuk membuat permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan.

Ia berbeza dengan undang-undang sedia ada di mana mereka mendapat status itu secara automatik.

“Saya fikir, jika perlu (ia) dirujuk kepada satu jawatankuasa khas terlebih dulu sebelum dapat diluluskan supaya perkara yang saya bangkitkan ini dapat diteliti semula dan ditambah baik,” katanya.

Satu lagi perkara yang dibangkitkan adalah cadangan untuk merendahkan had umur bagi permohonan kewarganegaraan, daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Muhyiddin berkata ia akan membawa risiko pemohon menjadi mangsa kelewatan birokrasi dalam proses permohonan kewarganegaraan mereka.

Mengimbas kembali pengalamannya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin berkata ada banyak kes di mana proses permohonan mengambil masa panjang, yang menurutnya boleh menyebabkan pemohon hilang kelayakan sebaik selepas melepasi had umur tersebut.

“Kecuali jika pihak Kementerian Dalam Negeri dapat beri jaminan yang semua permohonan bawah Perkara 15A (Perlembagaan Persekutuan) diproses secara fast track, untuk mengelakkan permohonan yang layak terlepas kerana penurunan had umur ini,” katanya.

MENARIK:  PRK Nenggiri: Mesyuarat khas SPR pada 28 Jun

Penjelasan menteri

Untuk rekod, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi taklimat bersama media minggu lalu telah memberi penjelasan berkenaan dua isu yang dibangkitkan Muhyiddin.

Ketika sesi itu, dia berkata cadangan untuk menurunkan had umur adalah perlu kerana, di bawah undang-undang negara, individu tidak lagi dikira sebagai kanak-kanak apabila mencecah usia 18 tahun.

Dia juga memberi jaminan pindaan tidak akan menjejaskan kelayakan pemohon ekoran kelewatan birokrasi kerana kelayakan mereka berdasarkan tarikh permohonan dibuat.

Berhubung cadangan membatalkan kewarganegaraan automatik kepada anak pemastautin tetap yang lahir di Malaysia, dia berkata kelahiran dalam negara “bukan tiket untuk menjadi warganegara”.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular