Rusuhan di pusat hiburan di Sibu tiada kaitan gengsterisme – polis

Shopee Sale

Kejadian merusuh di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan lima lelaki diberkas dan empat individu mengalami kecederaan, tiada kaitan dengan gengsterisme.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian terbabit berlaku apabila seorang daripada suspek dalam keadaan mabuk bertindak mengganggu seorang ahli keluarga empat individu itu yang turut minum di pusat hiburan berkenaan.

Beliau berkata kira-kira 1.44 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam lalu membuat serbuan dan menangkap lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun.

Zulkipli berkata kelima-lima lelaki itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut, manakala empat individu yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital Sibu.

“Akibat gangguan berkenaan, berlakunya pertengkaran mulut dan pergaduhan sampai ke luar pusat hiburan.

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu empat kes jenayah dan satu kes narkotik.

"Pihak polis kini berusaha mengesan suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MENARIK:  Polis gugur siasatan dakwaan pekerja dieksploitasi, rujuk ke JTK

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi polis melalui talian 084-344111 atau 011-31873715 (Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular