RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak dibentang di Dewan Rakyat

Shopee Sale

Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut naskhah biru yang disiarkan di laman Parlimen, rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dengan objektif utama membuat peruntukan yang lebih baik berhubung dengan keterangan saksi kanak-kanak.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan seseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberikan keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding, jika dia telah mencapai umur 12 tahun dan mempunyai pemahaman mencukupi mengenai keseriusan memberikan keterangan dalam prosiding dan memahami kewajipan bercakap benar.

Selain itu, saksi kanak-kanak yang tidak memenuhi kehendak untuk memberikan keterangan dengan sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dan Mahkamah hendaklah memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendakinya berjanji untuk bercakap benar.

Seksyen baharu 2c menggariskan tatacara bagi Mahkamah dalam menjalankan suatu inkuiri untuk menentukan sama ada seorang saksi kanak-kanak kompeten memberikan keterangan dalam suatu prosiding dan sama ada saksi kanak-kanak memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.

Menurut rang undang-undang itu, inkuiri oleh Mahkamah hendaklah dijalankan dengan kehadiran semua pihak untuk memastikan ketelusan dan boleh melibatkan saksi lain dipanggil jika Mahkamah fikirkan perlu.

Semasa inkuiri, hanya Mahkamah boleh menyoal saksi untuk memastikan penjalanan inkuiri yang berkesan dan pada masa sama memenuhi keperluan saksi kanak-kanak itu.

MENARIK:  Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul pesakit remaja

Berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta 676, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama.

Selain itu, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Angkatan Tentera (Pindaan) 2024, juga berbangkit daripada pindaan dibuat kepada Akta 676 untuk memasukkan ke dalam akta itu peruntukan berhubung kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.

Kesemua lima rang undang-undang akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat yang sama.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular