RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis

Shopee Sale

Raja Perlis bertitah bahawa rang undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan akan menyebabkan negara-negara Islam lain mudah dianggap terkeluar dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail malah menyifatkan ia sebagai membawa “takrifan sempit” dan tidak bersifat inklusif.

Baginda antaranya memberi contoh negara seperti Arab Saudi dan Qatar juga boleh terkeluar daripada Ahli Sunnah jika takrifan sama diguna pakai. 

"Utamakan sikap berhati-hati, berfikiran panjang serta penuh hikmah dan santun dalam setiap tindakan.

"Biarlah sesuatu keputusan yang diambil hari ini tidak menimbulkan pertikaian berpanjangan," titah baginda, hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah takrifan Ahli Sunnah tidak wajar disempitkan hanya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Titah baginda, begitu juga daripada sudut fikah yang hanya daripada mazhab Syafie dan dari sudut tasawuf bersumberkan Imam Ghazali dan Imam Junaid.

"Tindakan seumpama ini adalah tidak bersifat inklusif bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Beta juga selama ini tidak mengambil maklum bahawa perkara berkaitan aliran al-Asyairah dan al-Matudiriah dan menghadkan mazhab ini telah diputuskan secara konsensus serta menepati prinsip syura dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

"Justeru beta tidak mahu Majlis Raja-Raja diheret dan digunakan bagi menyokong RUU ini," titah baginda lagi.

Tuanku Syed Sirajuddin juga bertitah, Wilayah Persekutuan sepatutnya membawa semangat federalisme yang memayungi semua pihak.

Pada 2 Julai lalu, RUU Mufti Wilayah Persekutuan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. 

Mohd Na’im Mokhtar

Sebahagian daripada pindaan yang terdapat di dalam RUU itu mencetuskan polemik dalam kalangan agamawan dan ahli politik.

Hal itu kerana ia menyentuh kelayakan menjadi mufti mesti terdiri daripada individu berakidah Ahli Sunnah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah, bermazhab Syafie dalam fikah serta mengikuti ajaran tasauf Imam al-Ghazali dan Imam Junaid.

MENARIK:  Lebih 14,000 aduan diterima melalui MyJalan - Ahmad

Bantahan itu dimulakan oleh Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri Zainul Abidin

Sementara itu Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan bahawa sebagai ketua agama Islam negeri, baginda bertanggungjawab memastikan pemahaman agama Islam dalam keadaan harmoni.

Baginda juga bertitah bahawa baginda bertanggungjawab mengutamakan perpaduan sejagat supaya terhindar dari anasir ekstrem yang mengenepikan kepelbagaian pandangan serta khazanah ilmu.

"Keluasan pandangan dalam pelbagai cabang amalan agama, telah sekian lama diterima dan diamalkan oleh umat Islam di negara ini serta turut meraikan perbezaan pandangan di seluruh dunia," titah baginda.

Perlis tidak meletakkan kewajipan mengikut aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah sebagai syarat menjadi Ahli Sunnah. 

Dari sudut fikah, hukum-hakam negeri itu tidak terikat dengan mazhab Syafie, sebalinya terbuka dengan pelbagai pandangan mazhab lain.

Susulan itu ia sering dilabel pengkritiknya sebagai mengamalkan ajaran Wahabi,  namun perkara itu dinafikan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular