Sabah Mineral ambil tindakan undang-undang terhadap bekas CEO

Shopee Sale

Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas CEO Jontih Enggihon yang didakwa bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk memberi manfaat kepada “entiti yang berisiko ada konflik kepentingan.”

Dalam kenyataan hari ini, SSM memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman mendakwa mendapati ada pelanggaran tanggungjawab fidusiari, kegiatan penipuan, salah nyata (misrepresentation) atau penipuan terhadap lembaga pengarah SMM, serta salah laku oleh Jontih.

“Sebagai tindak balas terhadap dapatan ini, syarikat telah membuat laporan rasmi kepada SPRM dan polis.

“Siasatan telah mengenal pasti beberapa kejadian di mana Jontih bertindak melampaui kuasanya dan tindakannya bertujuan memberi manfaat kepada entiti dengan risiko konflik kepentingan, dengan bersekongkol dengan pihak ketiga yang mewakili kartel berkepentingan.

“Tindakan-tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah, yang merupakan satu pelanggaran serius terhadap dasar syarikat dan piawaian tadbir urus,” kata SMM.

Namun, syarikat itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai tindakan yang didakwa dilakukan oleh Jontih.

MENARIK:  Legasi Anwar tercemar kerana ingkar janji reformasi - PSM

Untuk rekod, kenyataan Jontih dilaporkan dalam beberapa artikel Malaysiakini mutakhir ini, berhubung dakwaannya yang Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyalahgunakan kuasanya.

[Berita lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular