Saham MAHB: Perbincangan wakil konsortium tak libatkan Blackrock

Shopee Sale

Kementerian Kewangan (MoF) berkata perbincangan pegangan saham minoriti 30 peratus dalam Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) yang dilakukan oleh wakil konsortium diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu tidak melibatkan BlackRock Inc.

Menurut MoF, kerajaan juga dimaklumkan oleh wakil konsortium terbabit bahawa meskipun selepas Global Infrastructure Partners (GIP) diambil alih oleh BlackRock kelak, pengurusan GIP akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab terhadap hala tuju strategik mereka serta syarikat-syarikat yang dilabur.

“Ini bermakna GIP akan terus beroperasi secara berasingan daripada BlackRock.

"Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) bersama GIP juga akan memiliki pegangan minoriti 30 peratus dalam MAHB,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang parlimen semalam.

Segala keputusan penting berkenaan MAHB, katanya, hanya akan dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama ahli-ahli konsortium, justeru urus niaga berkenaan tidak melibatkan BlackRock sama sekali.

MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang meminta MoF menjelaskan rasional penjualan saham MAHB kepada Konsortium BlackRock.

“Konsortium tersebut menganggap penswastaan MAHB merupakan langkah terbaik kerana ia membolehkan sebarang keputusan dan pelaburan jangka panjang dibuat pada kadar lebih pantas,” katanya.

Antara fokus utama ialah menyiapkan projek bermodal berkeutamaan tinggi; meningkatkan pengalaman penumpang di semua lapangan terbang; bekerjasama dengan syarikat penerbangan; mempercepatkan pelaburan modal dan membangunkan perniagaan sampingan di sekitar lapangan terbang.

MENARIK:  Saya akan beri kerjasama pada polis - suspek kes tembak KLIA

“Kerajaan percaya usaha transformasi MAHB ini sekiranya membuahkan hasil nanti akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan penumpang sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dan memberi pulangan kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu dalam jawapan bertulis kepada Bernama baru-baru ini, GIP menegaskan BlackRock tidak pernah terlibat langsung dalam sebarang urus niaga berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular