Saham Tesla melonjak lepas Trump menang presiden AS

Shopee Sale

Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Setakat 4.40 petang waktu tempatan (GMT1640), harga saham syarikat itu naik sekitar 13.3 peratus kepada AS$284.7.

Trump dijangka akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import, termasuk kenderaan elektrik (EV), terutamanya dari China.

Situasi ini akan mengukuhkan dominasi Tesla dalam pasaran EV di AS.

Elon Musk, pemilik syarikat itu merupakan seorang daripada penyokong terbesar Trump semasa proses pilihan raya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular