Saifuddin pertahan tindakan polis guna Sosma kes GISBH

Shopee Sale

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kes Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH).

Saifuddin berkata tindakan itu diambil kerana kes itu disiasat bagi kesalahan jenayah terancang di bawah Seksyen 130B (1) Kanun Keseksaan.

“Sosma ini kita kenakan ke atas beberapa pimpinan GlSBH berdasarkan kepada siasatan di bawah Seksyen 130B (1) Kanun Keseksaan iaitu jenayah terancang.

“Elemen dia yang pertama pelakunya lebih daripada dua orang, kedua dia membabitkan satu objektif dan di sini (GISBH telah) ekploitasi kanak-kanak dan yang ketiga ada elemen dari segi keuntungan material.

“Jadi pada pertimbangan polis siasatan ini mengikut jalur Seksyen 130B (1) Kanun Keseksaan membolehkan kegiatan ini ditafsirkan sebagai kumpulan jenayah terancang,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin berkata demikian menjawab pertanyaan mengenai perkara itu yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen iaitu Jalaluddin Alias (BN-Jelebu), RSN Rayer (PH-Jelutong), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), William Leong (PH-Selayang) dan Andi Muhammad Suryady Bandy (BN- Kalabakan).

Pada 23 Okt lepas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof bersama 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Kuala Lumpur atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 mengikut Seksyen 130B(1) Kanun Keseksaan.

MENARIK:  Setelah 100 tahun, bangunan lama SK Bangi bakal tinggal kenangan

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes itu dirangka mengikut Sosma yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, pihak berkuasa menangkap 415 individu dan menyelamatkan 625 mangsa yang berumur antara dua bulan hingga 28 tahun sejak Op Global dimulakan September lalu.

Daripada 415 individu yang ditahan, 273 telah diberikan jaminan, 37 dibebaskan tanpa syarat, 35 masih dalam tahanan, dua telah diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah manakala seorang lagi dipindahkan ke Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular