Saintis jumpa planet gebu macam gula-gula kapas

Shopee Sale

Penyelidik menemui planet besar yang terletak 1,200 tahun cahaya dari Bumi dengan ketumpatan rendah, sama dengan gula-gula kapas.

WASP-193b adalah eksoplanet–terletak di luar sistem suria–yang 50 peratus lebih besar daripada Musytari, planet paling terbesar dalam sistem suria Bima Sakti.

"Planet ini pada dasarnya sangat gebu dan begitu ringan sehingga sukar untuk membayangkan bahan pepejal yang serupa dengannya. 

“Tetapi ia hampir seperti gula kapas kerana terdiri daripada udara,” profesor Massachusetts Institute of Technology (MIT), Julaien de Wit dipetik sebagai berkata oleh CNBC News.

Ketumpatan yang sangat rendah menjadikan WASP-193b unik berbanding lebih 5,000 eksoplanet yang ditemui saintis. 

Satu-satunya planet yang kurang tumpat daripada WASP-193b ialah Kepler-51d, planet seperti Neptun yang ditemui sepuluh tahun lalu.

Penyelidik percaya bahawa planet WASP-193b mengelilingi bintang yang serupa dengan matahari setiap 6.25 hari. Planet ini kebanyakannya terdiri daripada gas hidrogen dan helium.

Penyelidik berpendapat bahawa gas-gas ini mungkin membentuk atmosfera yang sangat besar, tetapi mereka masih tidak memahami bagaimana sebuah planet boleh berkembang sehingga menjadi begitu besar.

"Kita masih belum pasti di mana harus meletakkan planet ini dalam semua teori pembentukan yang kita ketahui sekarang. 

“Ia benar-benar berbeza daripada yang lain," kata ahli astronomi Francisco Pozuelos.

Khalid Barkaoui, penulis utama kajian tersebut, menyatakan bahawa planet ini adalah satu "misteri kosmik." 

MENARIK:  Fahmi selar Meta padam hantaran mengenai pertemuan PM, Hamas

Dia berharap untuk menyelesaikan misteri tersebut dengan mengukur sifat atmosfera menggunakan teleskop angkasa James Webb.

Saintis menggunakan istilah "super-puffs" untuk merujuk kepada kelas eksoplanet unik yang memiliki ketumpatan seperti gula kapas. 

Menurut NASA, tidak ada sebarang persamaan planet tersebut dengan apa yang ada di dalam sistem suria kita.

Pada tahun 2019, penyelidik mengumumkan penemuan WASP-107b, satu lagi eksoplanet yang mempunyai sifat gebu. 

Walaupun saiznya hampir sama dengan Musytari, planet itu hanya memiliki kira-kira satu per sepuluh jisimnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular