Saksi: Najib diberi peluang sangkal dakwaan salah laku dalam 1MDB

Shopee Sale

KES 1MDB | Seorang pegawai penyiasat SPRM dalam keterangannya berkata Najib Razak diberi peluang untuk menjelaskan dirinya bagi menyangkal dakwaan salah laku dalam 1MDB.

Nur Aida Arifin berkata demikian dalam keterangan lisan ketika perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB berjumlah RM2.21 bilion terhadap bekas perdana menteri itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini, peguam Najib, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin membuat pemeriksaan balas terhadap Nur Aida berhubung apa yang berlaku ketika SPRM menyoal siasat Najib pada 2018.

Wan Azwan berkata pegawai SPRM hanya menunjukkan dua dokumen kepada Najib, tanpa mendedahkan pendakwaan dan pertuduhan secara khusus.

Dua dokumen tersebut adalah dokumen Kementerian Kewangan yang didakwa mengandungi tandatangan Najib untuk 1MDB membeli pengeluar tenaga bebas, Mastika Lagenda Sdn Bhd pada 2012.

Pihak pendakwaan berhujah yang Jho Low - individu didakwa menjadi proksi Najib - menyebabkan 1MDB membeli Mastika Lagenda dan sebuah lagi pengeluar tenaga bebas, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd.

Najib didakwa mendapat RM90,899,927.28 sebagai habuan susulan pemerolehan yang dibuat 1MDB itu.

"Kami bertanya soalan dan merakam keterangan (Najib) dengan gaya naratif. saksi atau tertuduh diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci," kata Nur Aida.

MENARIK:  Siasatan kes Zayn Rayyan - Polis tidak ada niat tidak baik, kata Suhaily

Perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Sabtu ini.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular