Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan keluar daripada gabungan PN.
Menurut laporan, keputusan itu diumumkan oleh presiden SAPP Yong Teck Lee.
“Adalah jelas bahawa PN mahu bertanding dalam pilihan raya Sabah akan datang, satu pendirian yang bercanggah dengan pendirian dan dasar SAPP yang telah lama wujud bahawa semua 73 DUN hanya perlu ditandingi oleh parti tempatan Sabah.
“Pendirian SAPP adalah konsisten dengan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan autonomi untuk Sabah.
"Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan bahawa pilihan raya bagi dewan undangan Sabah kekal secara eksklusif di bawah bidang kuasa parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti yang berpangkalan di Semenanjung," kata Yong, seperti dipetik oleh New Straits Times.
SAPP adalah parti komponen tunggal pakatan pembangkang di Sabah.
[Berita penuh menyusul]