Sarawak minta diberi kuasa semula lantik ahli jemaah PPN, PPK

Shopee Sale

Kerajaan Sarawak meminta agar kerajaan persekutuan mengembalikan kuasa bagi melantik ahli jemaah pengarah (AJP) persatuan peladang negeri (PPN) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) di negeri itu.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata selain menunaikan syarat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kuasa melantik yang dipegang kerajaan negeri akan dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan sektor pertanian di situ.

Berucap pada majlis perasmian bangunan PPN Sarawak di Kota Samarahan hari ini, Abang Johari berkata Putrajaya sudah pun menurunkan kuasa untuk melantik lembaga pengarah Persatuan Nelayan Sarawak.

“Kalau ikan (persatuan nelayan negeri) sudah dapat kuasa, berilah kuasa kepada persatuan peladang (negeri dan kawasan),” katanya.

Abang Johari berkata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak, Dr Stephen Rundi, akan berbincang dengan Peguam Besar Sarawak Saferi Ali bagi memperincikan lagi permintaan itu untuk dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

Pengerusi PPN Sarawak Dr Abdul Rahman Ismail yang berucap dalam majlis sama berkata, sebelum ini menteri bertanggungjawab bagi pertanian di Sarawak diberi kuasa untuk melantik AJP untuk PPN dan PPK.

Bagaimanapun, katanya, kuasa itu ditarik balik pada 2018 dan diletakkan di bawah kuasa Menteri Pertanian Malaysia biarpun pertanian diletakkan di bawah senarai negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

MENARIK:  Polis selamatkan 137 orang termasuk 52 kanak-kanak mangsa eksploitasi buruh

“Atas semangat MA63 dan kerajaan perpaduan, kuasa untuk melantik AJP lantikan ini haruslah diturunkan kepada Menteri MFICORD agar pentadbiran PPN dan PPK di Sarawak dapat diselaraskan mengikut dasar dan hala tuju kerajaan Sarawak,” katanya.

Penurunan kuasa itu nanti, tambahnya, akan dapat membantu merealisasikan wawasan Sarawak menjadi pengeksport bersih produk berasaskan makanan dan meningkatkan pendapatan keluarga tani sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan menjelang 2030.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular