'Saya amat takut keluarga terancam ketika siasat kubur besar Wang Kelian'

Shopee Sale

Ketika menyiasat kes kubur besar Wang Kelian di Perlis, wartawan veteran Arulldas Sinnappan bimbang akan keselamatan isteri dan dua anaknya.

Pada 2015, Arulldas membuat pendedahan tentang kubur besar itu yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia apabila polis menemukan 139 kubur, 106 mayat - dipercayai orang Rohingya, dan 28 kem tahanan haram imigran yang terletak di tengah hutan di Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma.

Lokasi itu hanya beberapa ratus meter dari sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

"Ada rasa takut dalam diri saya, terhadap keselamatan saya dan keluarga," katanya kepada Malaysiakini.

Arulldas Sinnappan

Malah dia tidak pernah memberitahu isterinya berkenaan siasatan yang dilakukannya sehinggalah kubur ditemukan.

Namun, kegusaran yang dirasakannya tidak memadamkan semangat untuk meneruskan siasatan.

Menurut Arulldas, dirinya dipenuhi tenaga yang aneh, yang menguatkan semangatnya untuk mendedahkan ketidakadilan yang berlaku di situ.

Sembilan kali mendaki

Arulldas membuat lapan pendakian di bukit terpencil di situ. Selepas mendaki Sembilan kali, dia akhirnya menjumpai kubur besar tersebut.

Ketika itu dia berusia 60 tahun. Kakinya bengkak dan sakit namun dia meneruskan pendakian, berbekalkan buku nota dan sebotol kecil air.

"Banyak kali saya hanya berbaring di tanah. Saya kata pada diri, 'saya tak boleh jalan lagi'," katanya.

Selepas tiga jam mendaki, dia akhirnya jumpa apa yang dicarinya - kubur besar dipenuhi 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia dan 28 kem penjara.

Arulldas pertama kali mendengar tentang kubur itu ketika menyiasat satu kes bunuh berlainan, melibatkan sindiket pemerdagangan manusia. Ketika itu dia di Jitra, Kedah.

Arulldas menunjukkan laluan penyeludupan di Wang Kelian, sekitar 2022

"Ketika di kedai kopi, saya diberitahu ada kubur besar di Wang Kelian.

"Dan itu saja. Bila saya tanya soalan lanjut, Wanita itu tak beri apa-apa jawapan.

"Dia cuma kata, 'cari sendiri'," katanya mengimbas Kembali peristiwa itu.

Dia pun ke Wang Kelian. Di sana, dia tidak berani bertanya sesiapa tentang lokasi kubur itu, bimbang jika sesiapa saja yang ditemuinya itu turut terlibat dengan sindiket.

Janganlah berulang

Menurut Arulldas, dia menulis buku “Mass Graves: Uncovering the Killing Fields of Wang Kelian” - yang baru diterbitkan - untuk membangkitkan semula isu tersebut kepada masyarakat umum.

Jika tidak, katanya, orang akan lupa perkara seumpama itu pernah terjadi.

Dia bimbang jika orang ramai melupakan kezaliman seumpama itu, ia boleh berulang di masa depan.

"Bila ada buku, orang akan baca dan mereka tak akan lupa tragedi. Mereka kena ingat dan halang ia daripada berlaku lagi," katanya.

Rasa kemanusiaan dalam diri Arulldas tersentuh apabila memikirkan nyawa yang terkorban dan mayat yang dibuang seperti sampah.

"Bagaimana anda boleh bunuh orang macam tu saja? Untuk apa?" soalnya.

Mangsa sindiket di Wang Kelian kebanyakannya warga Bangladesh dan etnik Rohingya.

Sebahagiannya, seperti orang Rohingya, melarikan diri daripada penindasan. Ada juga yang dijadikan tebusan atau dijadikan buruh paksa, katanya.


PANDUANKINI: Menyorot semula RCI Wang Kelian

MENARIK:  Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin - Israel

Turut hadir ketika pelancaran buku tersebut adalah bekas ahli parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang menyifatkan tragedy itu adalah peringatan terhadap warga Malaysia berkenaan apa yang boleh terjadi di negara sendiri.

"Jika kita tak ambil langkah yang mencukupi dan tidak serius melawan pemerdagangan manusia, kita akan lihat ini berulang kerana kita juga berkongsi sempadan dengan Indonesia dan Brunei, yang kita tahu (sempadan) agak longgar," katanya kepada Malaysiakini.

Adakah keadilan telah ditegakkan?

Pada 2017, bekas jeneral tentera Thailand Manas Kongpan dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun ekoran penglibatannya dalam apa yang digelarkan negara itu sebagai kes pemerdagangan manusia yang terbesar.

Selepas proses mahkamah panjang melibatkan 130 suspek, Manas, pegawai-pegawai lain dan sejumlah warga Thai disabit bersalah atas kes pemerdagangan manusia dan jenayah terancang rentas negara.

Kasthuri Patto bersama Arulldas

Pada 2019, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan an Arulldas dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan berkenaan kekejaman atas hak asasi manusia yang berlaku.

Namun RCI menyimpulkan tiada bukti yang mengaitkan mana-mana warga Malaysia dalam kes itu.

Menurut laporan yang dibatalkan klasifikasi rahsia, suruhanjaya itu menyimpulkan: Tiada warga Malaysia yang dituduh di Thailand".

Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis

Menurut laporan itu lagi, berdasarkan bukti, tiada bukti yang dapat mengaitkan orang, penguat kuasa undang-undang atau penjawat awam di Malaysia dengan mana-mana sindiket penyeludupan warga asing dan pemerdagangan manusia.

Namun Kasthuri berpandangan berbeza dan menyangkal kesimpulan itu.

Baginya, pelanggaran hak asasi tidak akan berlaku jika penguatkuasaan dibuat dengan ketat.

"Jelas ada kelonggaran dalam keselamatan dan keprihatinan, dan kecuaian dalam tanggungjawab untuk memastikan sempadan kita selamat," katanya.

Di Malaysia, walaupun tiada yang ditangkap mahupun didakwa, Arulldas percaya tiada lagi operasi pemerdagangan manusia berskala besar yang akan berlaku di dalam negara.

"Tentulah ia masih berlaku pada masa ini tetapi secara kecil," katanya lagi.

Hanya beberapa hari sebelum dia menemui tapak kubur besar Wang Kelian, dia mendengar tentang ebuah kapal yang membawa 1,100 orang yang berlabuh di Langkawi.

Kini, mereka yang ingin menyeludup manusia ke Malaysia perlu sangat berhati-hati.

"Inilah pencapaian saya," kata Arulldas.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular