‘Saya bawa ke mana saja’ – Bekas MP akui bawa pistol ke sidang media

Shopee Sale

Bekas ahli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid mengakui membawa pistol ketika menyertai sidang media di Stadium Cheras di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur itu membuat pengakuan tersebut ketika menjawab video tiga saat yang mempersoalkan keperluan dia membawa pistol di tempat awam, di X hari ini.

“Sebagai pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, senjata tersebut tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat dan hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya. 

“Jadi bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi,” katanya.

Dalam video itu, Abdullah memakai blazer yang dapat menutup pistol yang diselitkan di pinggangnya.

Namun pistol itu terdedah apabila dia bangun selepas sidang media tamat.

Menurut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN), individu yang memiliki lesen senjata api perlu menyimpan dan mengendalikannya dengan selamat dan melaporkan perubahan kedudukan senjata api kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Abdullah menjadi ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal, iaitu dari 2008 hingga 2018, dan kemudian menjadi ahli Parlimen Kapar selama sepenggal, dari 2018 hingga 2022.

MENARIK:  Covid-19: Tiada lagi arahan kuarantin mulai 15 Julai

Dia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kapar selepas tewas di tangan pemimpin PAS, Dr Halimah Ali pada PRU15.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular