Saya juga nak Kelantan maju, tegas Loke

Shopee Sale

PARLIMEN | Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi penegasan betapa wakil-wakil rakyat tidak berpolitik dalam membangkit isu-isu pembangunan infrastruktur awam.

Menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN - Pasir Mas) mengenai keperluan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang - Loke menegaskan dia juga mempertahankan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan.

Menurut wakil rakyat DAP itu, dia kesal dengan pandangan Ahmad Fadhli yang mempersoalkan tentang keperluan projek LRT di Pulau Pinang.

“Saya nak nyatakan bahawa kalau dari segi projek pengangkutan awam ini, memang kalau nak ikut dari segi pelaburan itu sukar.

“Memang betul semua projek-projek pengangkutan awam ini melibatkan perbelajaan kerajaan yang cukup besar. Nak dapat balik peleburan itu dalam tempoh masa pendek memang sukar, kebanyakan projek pengangkutan awam ini memang rugi.

“Tetapi kita lihat dari segi pembangunan sosioekonomi, kalau nak justifikasi dari segi unjuran penumpang, ECRL pun sukar justifikasikan untuk Kelantan.

"Tetapi adakah kerajaan mengatakan kita tidak (perlu) membangunkan ECRL ke Kelantan? Tidak,” katanya.

Loke berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Ahmad Fadhli menyatakan kebimbangan betapa projek berkenaan berkemungkinan menjadi projek gajah putih apabila kerajaan berbelanja berbelas bilion ringgit.

Sedangkan katanya, pelaburan LRT di Kuala Lumpur juga masih tidak menjana keuntungan sekali gus mempersoalkan apakah kewajaran projek LRT Pulau Pinang dilaksanakan.

Mengulas lanjut Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata dia diberikan amanah dua kali sebagai menteri pengangkutan malah tetap mempertahankan projek ECRL hingga ke Kelantan.

MENARIK:  Dua diselamatkan dalam insiden kapal kargo langgar jambatan Baltimore

“Malah baru-baru ini saya cuba yakinkan kabinet untuk kita lihat macam mana kalau sambung laluan ECRL sampai ke Rantau Panjang, supaya kita boleh sambung ke Thailand.

“Jadi itu bezanya antara kita dengan Yang Berhormat. Saya nak Pulau Pinang maju, saya juga nak Kelantan maju.

“Saya nak rakyat Pulau Pinang mendapat kesejahteraan, saya juga nak rakyat Kelantan mendapat kemudahan, begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak,” ujarnya lagi.

Justeru tambahnya, tidak perlu mana-mana pihak bermain politik dalam soal infrastruktur negara.

“Kita jangan bermain politik, dalam soal infrastruktur ini ia penting untuk negara, penting untuk semua wilayah dan negeri.

“Apabila kita buat infrastruktur, ini kemudahan untuk rakyat, ini membawa kemajuan untuk ekonomi dan juga pembangunan negara,” kata Loke.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular