Scammer guna hotline IPD Port Dickson perdaya mangsa

Shopee Sale

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata siasatan awal mendapati modus operanandi kegiatan tersebut ialah membuat panggilan palsu menggunakan talian hotline itu bagi tujuan memperdaya mangsa berkaitan kes kesalahan trafik dan sebagainya.

“Pihak IPD Port Dickson menegaskan bahawa talian hotline IPD (017-6001411) hanya digunakan bagi urusan rasmi dan tidak akan digunakan untuk membuat panggilan telefon kepada orang ramai meminta maklumat kewangan peribadi atau melibatkan sebarang tranksaksi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak tidak dikenali, tidak terpedaya dengan penipuan atau kes salah laku berkaitan jenayah, kes kemalangan jalan raya dan saman melalui panggilan telefon.

Maslan berkata orang ramai juga diminta berhati-hati dengan panggilan menggunakan ugutan dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat dengan pihak polis di talian rasmi yang sahih.

MENARIK:  Editor media Tamil terima surat tuntutan dari pegawai timbalan menteri

“Sekiranya menerima panggilan mencurigakan, sila buat laporan segera di balai polis berhampiran, hubungi talian CCID Scam Response Center di 997 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular