'Sejak bila 'sub judice rule' mansuh dalam sistem perundangan negara?'

Shopee Sale

Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim, hari ini menyatakan rasa hairannya apabila melihat perbezaan sikap ditunjukkan Presiden MCA, Wee Ka Siong, berhubung isu yang melatari Najib Razak.

Dalam kenyataan dibuatnya, Kamil berkata Wee tidak selantang sekarang apabila bekas Presiden Umno terbabit menjalani hukuman penjara semasa Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

"Kita faham mungkin ini salah satu percubaan Wee untuk terus kekal relevan di mata beberapa pihak (iaitu) dengan terus-menerus mendesak perdana menteri meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat oleh beliau.

"Lupakah Wee bahawa Najib dipenjara ketika zaman Ismail Sabri dan beliau ketika itu tidak selantang ini membela Najib?" soalnya.

Tambah Kamil, sebagai seorang bekas anggota kabinet, Wee sepatutnya perlu hormati undang-undang negara ini.

"Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Wee membantah bahawa peraturan subjudis tidak lagi terpakai dalam isu adendum Yang di-Pertuan Agong ke atas Najib kerana penghakiman juri telah dimansuhkan daripada sistem perundangan Malaysia.

Katanya, keputusan mahkamah dibuat semata-mata oleh hakim profesional dan bukannya juri yang diambil daripada orang ramai.

Dia memetik bekas peguam negara Tommy Thomas yang menyatakan, prinsip subjudis tidak wujud di Malaysia kerana juri tidak wujud.

Wee berkata demikian selepas Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia tidak dapat menjawab soalan berkaitan titah tambahan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Agong sebelum ini kerana peraturan parlimen melarang perbincangan subjudis, selain tiada perkenan daripada Agong sekarang.

Justeru, Kamil mencabar Wee untuk memperjelaskan sejak bila prinsip subjudis dimansuhkan di negara ini.

MENARIK:  Makin matang, 50 tahun hubungan diplomatik M'sia-China

"Sejak bila sub judice rule dimansuhkan dalam sistem perundangan negara ini?

"Apakah Thomas selaku peguam negara pada ketika itu telah memansuhkan peraturan subjudis dan Wee memilih untuk menggunakan pandangan Thomas berbanding pandangan peguam negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak perdana menteri terus mengulas hal yang sedang dibicarakan?

"Apakah Wee terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan versi tekak sendiri?" katanya.

Tambah Kamil, Istana Pahang sendiri memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Namun, katanya, Wee bahkan bertindak seolah-olah lebih sudu daripada kuah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Hukuman itu bagaimanapun dikurangkan selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersidang.

Pada 29 Jan lalu hukuman Najib dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular