Selangor juga akan naikkan gaji penjawat awam negeri

Shopee Sale

Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelarasan gaji yang membabitkan 21,736 kakitangan awam negeri itu akan dilaksanakan setelah kerajaan negeri mendapat pekeliling kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan. 

“Saya akan selaras balik kenaikan gaji penjawat awam negeri setelah pekeliling (kerajaan Persekutuan) dikeluarkan. Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada.

“Perincian berhubung pelarasan kenaikan gaji penjawat awam negeri dijangka dilaksanakan pada Belanjawan Negeri 2025. Ia akan bermula pada kadar minimum iaitu lebih 13 peratus seperti yang Perdana Menteri umumkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kenaikan gaji di peringkat negeri Selangor harus menjadi pedoman serta dorongan kepada seluruh penjawat awam dengan produktiviti kerja wajar diperkukuh.

“Ia selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan kerajaan perlu sentiasa ditingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata pengumuman Perdana Menteri yang melibatkan peningkatan gaji sektor awam wajar disambut oleh sektor swasta agar tangga gaji dan pendapatan rakyat di seluruh negara terus meningkat.

MENARIK:  Pengeluar kopi Aik Cheong nafi eksport produk ke Israel

“Ia untuk menjadikan Malaysia antara negara berpendapatan paling tinggi di rantau ini, sekali gus mengatasi cabaran kos sara hidup yang meningkat terutamanya di negara-negara maju,” katanya.

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular