'Seorang pun tiada di kaunter': JPA tegur laporan Harakahdaily

Shopee Sale

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegur lidah rasmi PAS kerana menjadikan hantaran gambar lama sebagai laporan berita berkaitan isu ketiadaan kakitangan di kaunter kerajaan pada waktu bekerja.

Teguran itu dibuat oleh pengendali (admin) laman Facebook JPA yang memberi komen pada perkongsian berita berkenaan di Facebook Harakahdaily, hari ini.

"Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia. JPA berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh inginkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan.

"Namun begitu, mohon kerjasama untuk menggunakan gambar yang terkini dan mutakhir agar tidak merosakkan nama kementerian dan jabatan terbabit," kata JPA.

Harakahdaily dalam laporan itu memetik seorang pengguna Facebook yang berkongsi gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya.

Harakahdaily memetik komen pengguna media sosial yang memberi respon terhadap gambar kaunter perkongsian Bakar itu.

"Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter," lapor Harakahdaily memetik komen berkenaan.

JPA kemudiannya menjelaskan gambar yang asalnya dimuat naik di halaman Facebook “B40 buat peranangai apa hari ini” itu merupakan gambar lama pada tahun 2022 dan 2023.

MENARIK:  Anwar boleh turun kempen bila-bila masa, kata Fahmi

JPA juga mengundang pengguna itu membuat aduan dengan gambar terkini. 

“Kami sedia membantu, bukti yang kukuh diperlukan untuk tindakan," kata JPA.

Semakan terkini Malaysiakini mendapati hantaran asal gambar berkenaan sudah pun dipadam.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular