Serang Safiq Rahim: K’jaan Johor yakin wibawa polis siasat, kesan pelaku

Shopee Sale

Kerajaan Johor meyakini kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan mengesan pelaku yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

“Kita serahkan kepada mereka untuk membuat siasatan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian serangan itu.

Onn Hafiz dalam pada itu berkata kejadian itu tidak akan menjejaskan kemampuan JDT untuk menjulang Piala Sumbangsih menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.

Beliau berkata kewibawaan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab tersebut diyakini dapat memastikan kejayaan pasukan itu.

“Saya yakin dengan kewibawaan Pemangku Sultan Johor untuk mengemudi JDT ke tangga kejayaan, insya-Allah dari segi perkara seperti ini (kejadian serangan) kita doa ia tidak berlaku tetapi apabila ia sudah berlaku, kita kena teruskan dan pastikan fokus untuk menang,” katanya.

Semalam, kereta Safiq dipecah individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi dalam kejadian pada 10.05 malam di Jalan Sri Gelam, di Johor Bahru.

MENARIK:  Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis tahan ibu bapa bantu siasatan

Kejadian berlaku ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor dan insiden berlaku selang beberapa hari selepas pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera disamun di Kuala Terengganu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular