Serangan balai polis: Ideologi pengganas masih ada di M'sia – penganalisis

Shopee Sale

Serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johow awal pagi ini oleh individu yang dipercayai ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI) merupakan peringatan tegas yang ideologi pengganas masih satu masalah di Malaysia, kata seorang penganalisis.

"Selepas serangan pengganas di kelab malam Movida di Puching pada 2016, kita ingat perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi di negara ini.

"Barangkali kita jadi agak leka namun serangan terbaru ini adalah peringatan yang walaupun kita berjaya patahkan organisasi atau ketua mereka, ia tidak bermakna ideologinya juga terhapus," kata R Paneir Selvam dari Arunachala Research & Consultancy Sdn Bhd (Arrescon) kepada Malaysiakini.

Pada awal pagi tadi, dua anggota polis terbunuh manakala eorang lagi cedera dalam satu serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Ketua Polis Johor M Kumar mengesahkan insiden itu, berkata ia berlaku pada jam 2.45 pagi dan melibatkan seorang penceroboh bertopeng yang bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek dilaporkan ditembak mati di tempat kejadian.

R Paneir Selvam

Susulan insiden itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan senapang HK MP5 daripada suspek.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain kemudian berkata suspek dipercayai ada kaitan dengan JI.

Polis juga mengesyaki suspek yang berusia 22 tahun telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan, namun motif sebenar suspek masih belum dapat dipastikan.

Turut ditahan adalah dua pelajar - lelaki berusia 22 tahun dan perempuan berusia 21 tahun - yang ke balai polis itu tidak lama sebelum serangan berlaku.

'Serangan bersendirian'

Mengulas lanjut, Paneir Selvam berkata berdasarkan laporan berita, jelas bahawa ia adalah serangan yang dibuat secara bersendirian.

MENARIK:  Parti Buruh UK menang majoriti parlimen dengan lebih 326 kerusi

Dia juga berkata kejadian itu juga janggal kerana pengganas jarang menyasarkan balai polis.

"Ia satu isyarat yang polis perlu mengetatkan tahap keselamatan di premis mereka," katanya lagi.

Paneir Selvam turut mempersoalkan badan risikan dan keselamatan tempatan berhubung strategi yang digunakan semalam ini bagi membanteras ideologi pengganas, selain mewajibkan suspek menjalani program nyah radikalisasi.

"Anda perlu faham yang otak mereka telah dicuci dengan ideologi ekstrem.

"Maka, program nyah radikalisasi sahaja tidak akan mendatangkan hasil memandangkan tidak ramai yang menunjukkan mereka insaf."

Justeru, dia menggesa jabatan agama negeri untuk bekerjasama dengan polis dan mengenal pasti jika ada penceramah yang menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular