Serangan bom kedua di KK Mart: ‘Anwar, Saifuddin perlu bertindak segera’

Shopee Sale

Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil tindakan eksekutif segera bagi meredakan keadaan berhubung kontroversi stoking kalimah Allah.

Hassan membuat gesaan itu di tengah serangan bom di sebuah lagi cawangan KK Mart. Insiden kali ini berlaku di Kuatan, Pahang pada awal pagi tadi.

"Yang di-Pertuan Agong telah bersuara. Sultan Perak telah bersuara. Ketua polis negara juga telah bersuara.

Mereka semua telah memberikan nasihat dan panduan supaya ancaman ketegangan kaum dan agama diredakan," kata ahli parlimen Pasir Gudang itu dalam kenyataan, hari ini.

"Rakyat sekarang menuntut perdana menteri dan menteri Ddalam negeri supaya tampil dengan tegas sebagai pemimpin kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan eksekutif berdasarkan undang-undang agar rakyat selamat dan negara kita tidak terjerumus kembali ke dalam kemusnahan perpecahan kaum," katanya lagi, sambil menambah Anwar dan Saifuddin perlu bertindak sebelum terlambat.

Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi.

MENARIK:  Stoking kalimah Allah: TMJ mahu tindakan tegas

Bagaimanapun bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu dan tidak meletup.

Selain daripada dua serangan ini, KK Mart juga menjadi sasaran kempen boikot daripada Pemuda Umno susulan kontroversi penemuan stoking dengan kalimah Allah di tiga cawangannya, kira-kira dua minggu lalu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular