Serangan bom petrol di KK Mart petanda membimbangkan – Sultan Nazrin

Shopee Sale

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyifatkan perbuatan membaling bom petrol ke premis KK Mart cawangan Bidor, Perak, pada 26 Mac lalu sebagai petanda yang membimbangkan.

Bernama memetik Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Mohd Zahidi Zainuddin sebagai berkata Sultan Nazrin Shah telah disembah maklum oleh Poils Diraja Malaysia mengenai kejadian tersebut.

Mohd Zahidi Zainuddin

"Baginda menyifatkan perbuatan permulaan yang berlaku ini merupakan petanda yang membimbangkan dan hendaklah diberikan perhatian serius melalui tindakan tegas agar api perkauman segera dibendung daripada merebak lebih luas.

"Baginda mempercayai majoriti rakyat Malaysia, bersikap sikap rasional, moderat dan mengutamakan hubungan harmoni dan keamanan.

"Sultan Nazrin Shah juga memberi jaminan untuk memberi naungan dan lindungan kepada setiap rakyat di negara ini daripada pelbagai kaum dan menganut pelbagai agama, secara adil dan saksama agar dapat terus hidup dalam rukun dan damai sama-sama membina dan membangunkan negara yang aman lagi makmur," kata Mohd Zahidi lagi.

Sebelum ini, pihak polis mendedahkan kamera litar tertutup (CCTV) di cawangan KK Mart berkenaan merakam individu yang dipercayai dalang kejadian membaling bom petrol di kedai serbaneka terbabit.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lelaki itu dilihat kira-kira jam 5.35 pagi di kaki lima berhampiran kedai dan turun dari kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat syarikat penghantaran.

Dia dilihat membaling botol kaca dipercayai mengandungi minyak tanah dan meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas itu.

MENARIK:  Jangan biar ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy

Selain cubaan bom api, KK Mart juga menjadi sasaran kempen boikot daripada Pemuda Umno.

Kedai serbaneka itu menjadi tumpuan kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah Allah ditemui di tiga cawangannya.

KK Mart dan bekas pembekalnya telah memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.

Pada Selasa lalu pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, diheret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular