Serangan ke atas KK Mart: Lim gesa MKN bersidang

Shopee Sale

Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang berhubung isu berkaitan KK Mart, susulan serangan ketiga ke atas cawangan kedai serbaneka itu dua hari lalu.

Lim berkata MKN perlu mengambil langkah segera bagi mengelakkan sebarang anasir yang mampu menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat.

"Lebih membimbangkan kali ini apabila cawangan KK Mart yang diserang adalah di Sarawak, negeri yang dianggap paling harmoni dalam toleransi antara agama, negeri yang terkenal kerana mengamalkan perpaduan dalam kepelbagaian serta negeri asal pemilik KK Mart.

"Jelas sekali ini menunjukkan tiada lagi tempat yang selamat di Malaysia daripada serangan ke atas cawangan KK Mart," katanya dalam kenyataan.

Lim juga mengkritik tindakan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang tetap menggesa KK Mart diboikot, walaupun selepas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa.

Tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memerlukan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-undang MKN adalah di bawah kuasa langsung perdana menteri.

Selain Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku pengerusinya. MKN dianggota oleh sembilan anggota lain. Antara mereka timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Fadhilah Yusof, dan beberapa menteri kabinet.

Turut dalam jawatankuasa itu Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

MENARIK:  Rotavirus disyaki punca 16 kes muntah, cirit birit, demam

Selain perdana menteri yang mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan 'kawasan keselamatan', melalui MKN pasukan keselamatan diberi kuasa menangkap tanpa waran, menggeledah dan memasuk mana-mana premis.

Fasal 37 menyatakan semua hal MKN yang dilakukan adalah rahsia mutlak manakala Fasal 38 memperuntukkan bahawa tiada tindakan atau tuntutan mahkamah boleh dibawa terhadap MKN.

[Berita lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular