Serangan ke atas OKU: Tiada istilah kes selesai, kata Hassan

Shopee Sale

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menegaskan dari segi undang undang jenayah tidak ada istilah kes telah selesai walaupun ia dinyatakan begitu oleh pihak pengadu.

Menurutnya, apabila sesuatu laporan polis dibuat maka dokumen itu dipanggil first information report atau ringkasnya FIR.

Menjelaskan proses selepas sesuatu laporan polis dibuat, Hassan berkata, jika kes tersebut merupakan serangan fizikal ke atas diri seseorang dan menjadi kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, menjadi tugas pihak berkuasa memanggil penyerang itu untuk disiasat.

"Pihak polis juga perlu menghantar mangsa ke hospital kerajaan yang berdekatan untuk memeriksa kecederaan yang dialami mangsa.

"Pihak polis perlu membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan si penyerang di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

"Jika siasatan terpaksa memakan masa melebihi 24 jam, maka si penyerang perlu ditahan di bawah Seksyen 117 KAJ dengan membawa dia ke mahkamah atau ke balai polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman daripada majistret," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Walaupun tidak memetik sebarang nama atau menyentuh kes secara khusus, Hassan dipercayai kes seorang pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kerabat diraja di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Melibatkan kedaulatan undang-undang

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa memaklumkan lelaki terbabit membuat laporan polis kedua untuk menyatakan untuk menyatakan niatnya tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Rusdi berkata, lelaki berusia 46 tahun itu memfailkan laporan baru itu pada jam 9.59 malam tadi.

Hassan berkata, walaupun ada laporan polis susulan dibuat sesuatu kes tidak boleh diangap selesai dengan begitu saja.

Yang penting, jelas ahli parlimen yang memiliki latar belakang undang-undang itu, laporan polis yang pertama iaitu FIR.

MENARIK:  'Baik mereka ke Tg Rambutan periksa kapasiti mental'

"Kes selesai membawa makna dari segi kesalahan tort iaitu apabila mangsa tidak berniat untuk mengambil tindakan sivil bagi kesalahan yang merupakan serangan ke atas diri yang dipanggil assault and battery.

"Tetapi bagi kesalahan jenayah, itu adalah dalam bidang kuasa polis.

"Walaupun mangsa menarik balik laporan polisnya yang pertama atau membuat laporan polis yang kedua menyatakan kes selesai maka dari segi perjalanan undang-undang ia tidak boleh mempengaruhi atau memberhentikan tindakan polis," jelasnya.

Tambah Hassan, ia melibatkan isu kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Tegasnya lagi, mengikut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan semua orang adalah sama di mata undang-undang.

"Tidak kira yang menyerang itu orang atasan atau pegawai peribadi orang atasan hatta bertugas sebagai pegawai atau pengawal peribadi kaum kerabat raja, hatta bertugas dengan raja atau sultan memerintah negeri atau Yang Di-Pertuan Agong sekalipun, maka kesalahan jenayah terhadap rakyat biasa lebih-lebih golongan OKU tidak boleh dipandang ringan.

"Mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan setiap warganegara termasuk golongan OKU dijamin kebebasan dirinya," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular