Shibuya akan kuat kuasa larangan minum alkohol di tempat awam

Shopee Sale

Pihak berkuasa bandar Shibuya di Tokyo akan menguatkuasakan larangan minum alkohol di tempat awam mulai Oktober tahun ini.

Menurut laporan CNN, bandar yang menjadi tarikan utama warga tempatan untuk berhibur itu mengambil langkah berkenaan bagi membendung tingkah laku buruk melibatkan minuman keras.

Penguatkuasaan larangan minuman beralkohol itu bermula 6 petang sehingga 5 pagi di tepi jalan atau di tempat awam.

Sebagai daerah yang ditadbir sendiri dalam Tokyo, Shibuya mempunyai kuasa untuk menetapkan peraturan tempatannya sendiri.

Menurut Ketua Pentadbiran, Ken Hasebe mereka telah meningkatkan rondaan dan usaha lain sepanjang tahun lalu, tetapi masih ramai orang awam yang masih minum di pinggir jalan.

“Kami lebih suka orang ramai menikmati minuman mereka di dalam restoran sahaja,” katanya.

Pada musim luruh lalu, Shibuya mengharamkan aktiviti berkaitan Halloween di daerah itu kerana ia melibatkan alkohol.

Hasebe menyatakan bahawa perniagaan tempatan menyokong peraturan itu dan menyokong usaha untuk menjadikannya kekal pada Oktober 2023.

"Kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti pelancongan berlebihan telah menjadi serius, mengakibatkan kerosakan harta benda berpunca oleh aktiviti minum alkohol di pinggir jalan.

MENARIK:  PM seru rakyat jadikan Malaysia negara Madani berpaksi kekuatan Islam

“Ini telah menimbulkan pertengkaran dengan penduduk tempatan, apabila segelintir pelancong membuang sampah seperti tin dan botol di merata tempat dalam jumlah yang banyak,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular