Shuhaily ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat

Shopee Sale

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai dan anggota polis, supaya memelihara kerahsiaan dan identiti melibatkan pemberi maklumat dalam sesuatu kes.

“Kurang kepekaan dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat...panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama. Pemberi maklumat perlu dijaga.

“Saya akan bincang dengan timbalan dan ketua jabatan siasatan jenayah...mereka ini jaga perihal siasatan...saya terima dan akan baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka.

Pada program tersebut, Mohd Shuhaily berkata sesi libat urus terbabit akan diperluaskan di negeri lain bagi mengenal pasti isu berbanding mengenai jenayah setempat.

Beliau berkata sesi tersebut membuka mata pegawai kanan termasuk ketua polis daerah, ketua jabatan siasatan jenayah dan ketua jabatan siasatan jenayah daerah, mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.

MENARIK:  Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin di Pahang - Polis

“Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.

“Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan,” jelasnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular