'Siasat secara mendalam bagaimana polis kendali kes OKU dipukul'

Shopee Sale

Ahli Parlimen Kepong menggesa pihak polis menjalankan siasatan mendalam berhubung cara pengendalian siasatan dakwaan seorang pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU) diserang.

Lim berkata susulan yang dakwaan yang dibuat pemandu tersebut, Ong Ing Keong dalam sidang media semalam, polis perlu menjalankan siasatan meliputi tiga aspek Utama.

"Pertama, cara pegawai penyiasat mengendalikan Ong. Adakah mereka menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme dan empati, atau terdapat unsur penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tanggungjawab?

"Kedua, siapakah yang bertanggungjawab merangka kandungan laporan polis kedua untuk Ong? Adakah laporan tersebut dibuat dengan kerelaannya dan secara jujur, atau ada pihak lain yang mempengaruhi atau mengubah kandungan laporan tersebut?

"Ketiga, adakah Ong telah menerima 'pembayaran pampasan' sebanyak RM800 dan daripada siapa bayaran tersebut diterima? Adakah pembayaran ini bertujuan untuk menutup mulut Ong?" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gesaan itu susulan dakwaan Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (Dawn) bahawa Ong menandantangai empat laporan, dengan tiga daripadanya disediakan oleh pihak polis.

Anthony Chong (kanan) dan Ong Ing Keong (dua dari kanan)

"Terdapat empat laporan (keseluruhannya). Laporan pertama - dia memberitahu polis (mengenai kejadian itu) dan menandatanganinya. Kemudian dalam tiga laporan berikutnya, dia tidak menyumbang apa-apa. Polis sediakan laporan dan minta dia baca kemudian dia tandatangani," menurut Setiausaha Agung Dawn, Anthony Chong.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan kedua dibuat pada pukul 9.45 malam pada 28 Mei - hari sama Ong membuat laporan pertama - dan menyatakan Ong tidak ingin memanjangkan kes itu.

Susulan itu, sejumlah pihak menggesa siasatan diteruskan, antaranya NGO Lawyers for Liberty yang berkata tiada penyelesaian antara pihak yang didakwa sebagai mangsa dan pelaku dalam kes jenayah.

Semalam, Rusdi memaklumkan kes tersebut masih disiasat dan polis tiada kuasa untuk menutupnya, sebaliknya perlu merujuk hasil siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Chong juga menyatakan dia ragu jika Ong memahami sepenuhnya kandungan tiga laporan yang ditandatanganinya.

“Apa yang saya faham, dia tidak faham sepenuhnya apa yang ditulis dalam laporan itu.

MENARIK:  Lee lepas jawatan PM S'pura sebulan lagi

"Dia hanya membaca perkataan tentang dirinya - seperti masa, hari, kerja, apa yang berlaku. Dia boleh mengenali perkataan (ini) dan dia bersetuju. Bagaimanapun, dia tidak boleh memahami ayat penuh," jelasnya.

Rusdi Mohd Isa

Sementara itu, Ong, 46, mendakwa dia diberi pilihan sama ada untuk meneruskan laporan pertamanya berhubung insiden tersebut dan polis akan merampas telefonnya untuk siasatan, atau dia boleh menggugurkan kes dan menerima pampasan.

Justeru, Lim menggesa polis untuk menjelaskan dalam keadaan apa mereka boleh merampas telefon seseorang, dan jika tindakan itu selaras dengan prosedur undng-undang.

"Apakah alasan kukuh yang digunakan untuk merampas telefon bimbit tersebut? Penjelasan ini penting bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Dia berkata hanya dengan penjelasan siasatan yang menyeluruh hak rakyat untuk dilindungi dan keadilan ditegakkan tanpa kompromi dapat dipastikan.

Terdahulu, Ong dilaporkan membuat laporan polis mendakwa serangan itu berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur, apabila seorang pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengarahkannya untuk mengalihkan keretanya.

Ong dikatakan sedang menunggu penumpang yang menempah perkhidmatannya ketika itu.

Tunku Mahkota Ismail telah bertitah bahawa insiden itu melibatkan pengiring keselamatan polis dan menggesa keadilan diberikan kepada mangsa.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular