Sijil halal tak sepatutnya jadi isu besar, kata Azmin

Shopee Sale


Cadangan berhubung pensijilan halal tidak seharusnya menjadi isu besar, menurut ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Azmin Ali.

Mengimbas kembali saat dia menjadi menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Azmin berkata ketika itu dia melihat permintaan yang tinggi dalam kalangan orang bukan Islam untuk pensijilan halal.

“Kita terima banyak permohonan daripada orang bukan Islam kerana dengan sijil halal, mereka dapat akses pasaran yang lebih besar.

“Pada akhirnya, ia tentang ekonomi. Anda boleh tembus ke pasaran lebih besar, bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat serantau dan global,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Azmin, pensijilan halal meliputi pelbagai perkhidmatan dan produk, bukan hanya berkaitan industri makanan dan minuman (F&B).

Selain itu, Azmin berkata dia melihat permintaan yang kian meningkat untuk barangan halal dari negara bukan Islam, sepertinya Jepun dan Korea.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbang cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Susulan itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan cadangan itu dengan berkata ia akan menambah beban kepada perniagaan, termasuk milik orang Islam.

Ia mengundang kecaman, terutama daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Bersatu  Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal, yang menyifatkan Kok masuk campur dalam hal ehwal orang Islam.

MENARIK:  Kes bunuh Nur Farah: Unit forensik jumpa kunci kereta dalam sungai

‘Patut lebih matang’

Mengulas pendirian Kok, Azmin berkata dia dan DAP sepatutnya lebih matang, dengan mengambil kira kepentingan ekonomi dalam pensijilan halal.

“Saya ingin nasihat DAP untuk tidak cetuskan ketegangan dan rasa tidak senang dalam masyarakat.

“Ini adalah masyarakat pelbagai kaum,” katanya lagi.

Katanya, lebih banyak syarikat milik orang bukan Islam yang memohon untuk mendapatkan sijil halal berbanding syarikat milik orang Islam.

Pada Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya 3,619 syarikat Bumiputera, iaitu hanya 36.9 peratus, yang memiliki sijil halal manakala 5,720 syarikat bukan Bumiputera yang memiliki sijil itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular