Sikap Sanusi boleh jadi pemangkin hubungan baik negeri PN-PM

Shopee Sale

Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya dapat belajar sesuatu selepas meminta maaf kepada Anwar Ibrahim atas sikapnya ke atas perdana menteri itu, kata seorang ahli akademik dari Universiti Malaya (UM).

Menurut pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik di Fakulti Ekonomi Pentadbiran UM, Mohammad Tawfik Yaakub, dia melihat banyak ucapan Menteri Besar Kedah itu mewujudkan pelbagai kesulitan termasuk ke atas rakyat negeri terbabit.

“Saya bersetuju akan tindakan Sanusi memohon maaf.

"Semoga apa yang dilakukan menteri besar itu dapat menjernihkan kembali hubungan di antara kerajaan negeri dengan Putrajaya.

“Selepas ini diharap perbincangan di antara pemimpin pusat dan negeri menjadi lebih akrab walaupun mereka dibezakan oleh fahaman politik," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Tawfik, kerjasama itu boleh dilakukan dengan berpaksikan rasa saling menghormati dan diterjemah melalui tindakan dan kata-kata.

Mohammad Tawfik Yaakub

Penganalisis itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ahli politik kanan PAS-PN itu semasa menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah di Jitra pad 5 Mei lalu.

Pada majlis itu Sanusi meminta maaf kepada Anwar atas ucapan yang dianggap kurang sesuai sebelum ini.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS serta PN berkata, sebagai manusia yang serba lemah, kesilapan serta keterlanjuran selalu ada pasa semua orang.

Sebelum itu Anwar turut menerima reaksi positif dari tiga lagi kerajaan negeri yang kini ditadbir PAS-PN iaitu Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Baik kepada semua

Di Kota Bharu, perdana menteri ke-10 itu dianggap memberikan layanan sama rata kepada Kelantan meskipun negeri berkenaan dikuasai oleh parti lawan.

Hal itu diakui Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya di majlis tersebut.

Kata Tawfik dalam keadaan sekarang kerajaan negeri sepatutnya menggunakan sebaik-baiknya segala peruntukan daripada kerajaan pusat dengan meneruskan rancangan yang tergendala sebelum ini.

“Saya yakin selepas ini bantuan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh pembangkang akan disalurkan dengan lebih lebih mudah. Pembangunan juga akan semakin rancak dijalankan,” katanya.

Mohd Azmir Mohd Nizah

Penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Mohd Azmir Mohd Nizah, melihat perkembangan terbaru itu akan menyebabkan kesemua pihak memberikan fokus kepada usaha memberdayakan rakyat.

Katanya suhu politik juga diyakini akan lebih stabil selepas ini hasil sikap terbuka kerajaan pusat.

“Secara strategiknya, ia satu perkembangan yang baik kepada semua,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid, pula memuji kemahiran disiplin perhubungan awam Anwar dalam memulihkan hubungan Putrajaya dan kerajaan negeri yang ditadbir PN.

Katanya dia percaya pengalaman Anwar sebagai pemimpin mahasiswa dan gerakan sivil suatu masa dulu sedikit sebanyak memperngaruhi gaya komunikasinya sehingga berada dalam kelas tertinggi.

MENARIK:  Isu stoking: Kabinet setuju tindakan tegas, segera - Fahmi

“Walaupun dia lahir dalam keluarga senang, akan tetapi dia suka berada dengan masyarakat bawah. Dia juga pernah merasa berada di bawah apabila dipenjara, dibogelkan dan dipukul.

“Kesannya, kita melihat seorang perdana nenteri sanggup merendahkan dirinya untuk menjalin hubungan baik dengan pemimpin negeri pembangkang tanpa perlu menunggu mereka melutut kepadanya,” kata ahli akademik itu lagi.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Pada masa sama Ahmad Fauzi melihat, dari sudut politik hubungan mesra Putajaya dengan kerajaan negeri PN sedikit sebanyak boleh memulihkan imej kerajaan perpaduan di mata orang Melayu.

“Kita kena akui kerajaan pada hari ini masih tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan orang Melayu. Sebab itu diperlukan dukungan dan hubungan mesra daripada pimpinan negeri yang dikuasai oleh PN.

“Hal ini kerana PN merupakan gabungan yang mendapat sokongan kukuh daripada orang Melayu,”katanya.

Fauzi juga tidak menolak kemungkinan satu perubahan jajaran politik baru mungkin boleh berlaku hasil daripada perkembangan positif semasa.

“Kita harus sedar gabungan yang ada dalam landskap politik pada hari ini, tak ada satu pun yang sekukuh BN sebelum 2018," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular