Sistem Padu lindungi data pengguna – CSM

Shopee Sale

CyberSecurity Malaysia (CSM) mengesahkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) selamat untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata pengesahan itu berdasarkan kepada lima faktor iaitu CSM telah melaksanakan penilaian kelemahan keselamatan terhadap Sistem Padu termasuk memberi khidmat nasihat penyelesaian untuk sebarang kelemahan yang ditemui.

“Sistem Padu telah mematuhi keperluan yang ditetapkan pada Dasar Kriptografi Negara, keselamatan sistem Padu juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Amirudin berkata selain itu, CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi memastikan tahap keselamatan siber Padu sentiasa terjamin.

“Ini termasuk pemantauan terhadap laman sesawang gelap bagi mengesan sebarang akses data pengguna yang telah terjejas.

“CSM juga sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk memantau keselamatan komputer hamba sistem Padu dan data yang tersimpan dalam komputer hamba tersebut,” katanya.

MENARIK:  Kempen antidadah kini guna slogan 'Tak Payah, Tak Nak'

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik seorang pakar sekuriti siber yang mendakwa pembangunan Padu menggunakan kaedah "lapuk" dan ia boleh menggugat integriti data.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular