Sokongan meningkat, Bersatu sasar jawatan MB Pahang, Perak dan S’gor

Shopee Sale

AGM BERSATU | Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan menteri besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata demikian ketika menjawab soalan berkenan kedudukan Bersatu bersama-sama PAS yang pada masa ini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Ya betul, di utara bukan negeri kita (Bersatu) tapi di bawah PN, dan di Pahang dan Perak kita lihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor, kita kurang sedikit sahaja (kerusi DUN berbanding PH dan BN).

“Maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu (menang di negeri tersebut),” katanya ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, Selangor hari ini.

MENARIK:  Kempen PRK Nenggiri belum 'panas'

[Berita lanjut menyusul]


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular