Southern Cable raih hampir RM100 juta kontrak TNB 

Shopee Sale

Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM99.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) membabitkan usaha pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor pelbagai saiz.

Kontrak terbaharu yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh Southern Cable iaitu Southern Cable Sdn Bhd, turut meningkatkan jumlah nilai perjanjian bekalan berterusan kumpulan dengan TNB kepada RM854.3 juta.

Pengarah Urusan Southern Cable Group, Tung Eng Hai dalam kenyataan berkata pihaknya komited dalam menyokong inisiatif pembangunan TNB menerusi penyelesaian kabel dan wayar syarikat yang membolehkan pengembangan grid, integrasi tenaga boleh baharu dan usaha pemodenan.

Kejayaan meraih kontrak terbaharu itu menjadikan nilai perolehan sedia ada Southern Cable kini melebihi RM1 bilion yang menyumbang kepada ketampakan pendapatan kukuh sehingga 2026.

Kontrak-kontrak itu merangkumi usaha pembekalan kabel dan wayar, sistem penerus dan bateri selain produk lain yang berkaitan.

MENARIK:  Bersatu: Kerajaan lebih kejam dari Israel dalam isu kebebasan media

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular