Speaker belum terima bukti bertulis PN tentang status MP Bukit Gantang

Shopee Sale

PARLIMEN l Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) hari ini mempersoalkan paparan di skrin Dewan Rakyat yang masih lagi meletakkan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai wakil rakyat PN meskipun keahlian dalam Bersatu telah terhenti.

Ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika sesi pertanyaan lisan , Ahmad Fadhli mempersoalkan kedudukan wakil Bukit Gantang itu.

Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas)

"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN lagi dah. Tak tahu macam mana dia duduk di situ," kata Ahmad Fadhli ketika bangkit mencelah.

Mendengar pertikaian Ahmad Fadhli, Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta dikemukakan bukti bahawa surat telah ditulis bagi menarik status ahli Parlimen Bukit Gantang itu sebagai wakil rakyat PN.

Johari berkata, PN perlu menghantar surat kepada Dewan Rakyat bagi memaklumkan perkara itu dan seterusnya membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis pada saya untuk tarik dia keluar, kena tulis. Saya tak tahu.

"Bersatu ada (tulis surat), tapi PN belum. Sebab rekod kita semua mengikut PN, bukan Bersatu atau PAS. Sila lakukan itu, setiausaha agung ada di sini," kata Johari menjawab Ahmad Fadhli.

Sebelum ini, Bersatu menghantar notis memaklumkan enam Ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibragim telah terhenti keahlian mereka secara automatik

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu adalah antara enam bekas ahli Bersatu yang dipecat selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka yang lain itu adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

MENARIK:  Lawatan kerja PM ke China fokus kepada ekonomi - Duta

Pada 20 Jun lepas, Ketua Whip Bersatu yang juga naib presidennya Ronald Kiandee telah mengemukakan notis kepada Johari mengenai kekosongan kerusi enam ahli Parlimen kerana keahlian mereka dalam parti telah terhenti.

Keenam-enam mereka diberikan notis gugur keahlian pada 12 Jun lepas apabila mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti.

Seterusnya pada 11 Julai, mereka dilaporkan berkata akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Johari membuat keputusan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular