Speaker DUN Kelantan umum kerusi DUN Nenggiri dikosongkan

Shopee Sale

Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan bermula hari ini.

Katanya, ini selaras dengan Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan.

"Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi (Abu Naim).

"Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis kekosongan," katanya.

Mohd Amar Nik Abdullah

Mohd Azizi, yang juga ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bersama lima ahli Parlimen dan seorang lagi Adun Bersatu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

MENARIK:  Siasatan HRD Corp: Saya tidak akan lindungi sesiapa, kata menteri

Seorang lagi ialah Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular