Speaker pertahankan keputusan utamakan soalan MP k’jaan

Shopee Sale

PARLIMEN l Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mempertahankan keputusannya untuk memberi keutamaan kepada enam soalan daripada ahli parlimen penyokong kerajaan atau backbenchers daripada 10 soalan teratas pada aturan pertanyaan harian.

Menjawab ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan tindakan itu sebagai "tidak demokratik", Johari berjata bahawa jumlah ahli backenchers kini melebihi bilangan ahli parlimen pembangkang.

Johari Abdul

“Mulai mesyuarat ketiga ini, di bawah Peraturan Mesyuarat 100, saya benarkan agar lebih pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan bagi pihak backbenchers dalam kedudukan 10 teratas aturan pertanyaan.

“Kebenaran saya ini bukan bermaksud untuk menghadkan suara mana-mana pihak tetapi untuk memperluaskan suara dari backbenchers dan pembangkang dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan,” katanya di Dewan Rakyat pada permulaan sidang.

Waktu soalan lisan di Parlimen lazimnya mengambil masa sekitar dua jam dan memaparkan soalan yang diajukan oleh ahli parlimen menteri kabinet.

Amalan soalan bergilir-gilir daripada kerajaan dan pembangkang sebelum ini diperkenalkan di bawah bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia pada penggal ke-12, kata Ronald Kiandee (PN-Beluran).

Johari menegaskan dia ketika itu adalah ketua whip Pakatan Harapan sebagai sebahagian daripada barisan pembangkang dengan 82 ahli Parlimen.

Ketika berhujah menentang keputusan itu, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata ini bertentangan dengan amalan sebelum ini.

Takiyuddin Hassan

“Ini adalah urusan Dewan Rakyat.

MENARIK:  Diksriminasi sawit M'sia: KPK akan denda syarikat pengimport - Johari

“Sepatutnya, apa-apa permohonan, sama ada daripada backbenchers ke atau daripada pembangkang, dibincang dalam jawatankuasa pilihan parlimen," katanya.

Katanya, pembangkang sepatutnya berperananan sebagai semak dan seimbang, tetapi pada masa ini tiada tindakan seumpama itu.

Shahidan Kassim (PN–Arau) kemudiannya cuba membawa Peraturan Mesyuarat 36(6) terhadap Johari berhubung perkara itu, tetapi mengubah fikirannya selepas disoal lanjut daripada speaker.

Dia kemudian cuba membawa perintah yang sama terhadap Mohd Shahar Abdullah (PH-Paya Besar), tetapi Johari menolaknya dan mengarahkannya supaya duduk.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular