SPR: 32.51 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari

Shopee Sale

Sebanyak 32.51 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka pada 8 pagi tadi membolehkan 39,269 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup pada 6 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada 2 petang.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

MENARIK:  Bukit Aman tolak dakwaan 'istana terkait' serangan terhadap pemain bola

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular