SPR: Daftar pemilih tambahan Feb 2024 dibuka untuk semakan

Shopee Sale

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2024 (DPT BLN2/2024) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 20 April ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata daftar pengundi tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pengundi baru.

"DPT BLN2/2024 juga mengandungi 6,742 pengundi berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,442 pengundi bertukar status atau kategori pengundi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal di pautan atau atau portal rasmi pejabat pilihan raya negeri di pautan

Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

Beliau meminta warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas dan pengundi berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk membuat semakan.

"Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2024, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan," katanya.

MENARIK:  Lesen kami masih sah - pengedar stoking bertulis ‘Allah’

Mana-mana pengundi berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat mengemukakan bantahan ke atas kemasukan nama pengundi yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D di pautan sama atau di pejabat pilihan raya negeri berkenaan.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan atau menghubungi SPR di 03-8892 7218 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri bagi sebarang pertanyaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular