SPR: Tiada laporan sogokan, salah guna aset dan jentera k’jaan di KKB

Shopee Sale

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini tidak menerima sebarang aduan atau laporan daripada mana-mana pihak berkaitan sogokan kepada pengundi, mahu pun salah guna aset dan jentera kerajaan, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata setakat ini, hanya satu laporan diterima membabitkan kes mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika berkempen.

Semalam, seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen PRK berkenaan.

“Laporan (pamer gambar Agong) itu pun dah selesai, jadi kita harap dalam saki-baki hari berkempen ini, teruskan momentum baik ini (dan) berkempen dengan berhemah dan hormat menghormati satu sama lain,” katanya di Hulu Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan proses pengundian awal, yang berlangsung di dua pusat mengundi iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mengandungi tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan (gambar atas) yang dilaporkan media semalam, mendakwa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK KKB dan Perikatan Nasional (PN) akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada PRK itu.

MENARIK:  Gaji naik: 1 Mei istimewa buat penjawat awam

Abdul Ghani berkata petisyen hanya boleh difailkan oleh mana-mana pihak dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRK diwartakan.

Beliau berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRK KKB pada Sabtu ini melebihi 75 peratus.

PRK KKB yang bermula sejak 27 April, menyaksikan Pang Sock Tao (PH) ditentang Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular