SPRM nafi keluar surat tawaran tender katering

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah.

Menurut kenyataan agensi antirasuah negara itu, ia mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan bernilai RM150,000 yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM Kedah bertarikh 23 Julai 2024.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM menasihati orang ramai supaya menghubungi pejabatnya bagi mengesahkan surat tawaran yang kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan jika timbul sebarang keraguan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular