SPRM pertimbang pembelaan YTL, janji segerakan siasatan

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu mereka akan memberi pertimbangan terhadap pembelaan sebuah syarikat yang sedang disiasat berhubung isu 1BestariNet.

Menjanjikan siasatan yang adil, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata penelitian kes itu masih di peringkat awal dan tidak boleh diputuskan, termasuk membabitkan pertikaian teknilak di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan syarikat

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan, termasuk melibatkan isu teknikal di pihak KPM dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).

"Kami akan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh YTL Communications.

"Pada masa ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan kerana siasatan ini melibatkan pertikaian teknikal berkaitan penyampaian projek di antara KPM dan YTL Communications.

"SPRM akan berusaha untuk mempercepatkan siasatan ini sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam media melaporkan, YTL Power International Bhd (YTL Power) mempertimbangkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menuduh mereka terlibat dengan salah laku berhubung kontroversi projek 1BestariNet.

Menurut KPM, 1BestariNet ialah yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications pada 2011.

KPM menganugerahkan kontrak selama 15 tahun (bernilai RM4.1 bilion) kepada YTL Communications bagi pelaksanaan projek itu.

Melaluinya 10,000 sekolah rendah dan menengah dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan serta akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu.

Kira-kira dua tahun selepas dilancarkan masalah dikesan dengan ada sekolah menghadapi masalah kelajuan dan sambungan internet. Banyak sekolah luar bandar juga tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan itu susulan infrastruktur dan liputan lemah.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyuarakan kebimbangan terhadap projek berkenaan dan mengetengahkan ketidakcekapan serta kegagalan mencapai objektif ditetapkan.

Elak buat spekulasi

Pada 2020, kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk tidak mahu meneruskan kontrak dengan YTL Communications.

MENARIK:  LFL bandingkan kes pemandu OKU dengan mata lebam Anwar

SPRM pula menyerbu pejabat kerajaan berkaitan dan YTL Communications pada 4 Sept lalu bagi membolehkan siasatan berhubung projek tersebut dilaksanakan.

Bernama semalam melaporkan YTL Power menjelaskan pihaknya diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka serta dianggap pihak yang paling mematuhi aspek teknikal serta efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain.

“Kami ingin menjelaskan kami telah melaksanakan kewajipan kontrak kami terhadap kerajaan dengan tekun sejak projek itu dimulakan.

“Sepanjang pengetahuan kami, kami tidak melanggar mana-mana terma kontrak atau melanggar mana-mana undang-undang,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

YTL Power - yang memiliki 60 peratus saham YTL Communications - juga berjanji untuk terus memberikan kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan siasatan isu berkenaan.

Menurut Azam, SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara profesional dan adil ke atas semua pihak yang terlibat.

"Dalam menjalankan siasatan ini, SPRM akan mematuhi proses yang sewajarnya.

"Memandangkan siasatan masih berlangsung, kami menyeru semua pihak untuk tidak membuat spekulasi," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular