SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol sindiket seludup rokok, arak

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemilik dan pengarah syarikat kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok serta arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Menurut sumber, kedua-dua individu berkenaan dipercayai berperananan sebagai pengumpul akaun keldai bagi pihak sindiket untuk digunakan membayar wang rasuah kepada penjawat awam yang terlibat memberi pelepasan kontena mengandungi rokok dan arak tanpa melalui pemeriksaan.

Beliau berkata mereka juga dipercayai turut menjalankan kegiatan haram lain seperti perjudian secara dalam talian dan menjadi orang tengah bagi mencari khidmat forwarding agent bagi kegunaan sindiket haram di negara ini.

"Sebagai orang tengah, kedua-dua suspek ini disyaki turut membayar wang antara RM500 hingga RM1,000 kepada individu yang boleh memberikan dokumen pengenalan diri untuk didaftarkan sebagai pemilik kepada syarikat palsu (bogus)," katanya.

Mahkamah Majistret Putrajaya semalam membenarkan permohonan SPRM supaya kedua-dua mereka direman tiga hari sehingga 28 Mac ini.

Menurut sumber, Susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan sejak dua minggu lepas, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) semalam telah menahan 14 lagi individu terdiri daripada 12 penjawat awam dan pemilik serta pengarah syarikat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Sebanyak 12 penjawat awam telah dibebaskan selepas keterangan mereka dirakam manakala pemilik dan pengarah syarikat berkenaan ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Sebelum ini, menerusi operasi khas yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berjaya menahan 34 penjawat awam dan sembilan orang awam dipercayai terbabit sindiket berkenaan sejak 2018 hingga 2023.

MENARIK:  Lelaki, 22 tahun mati akibat strok haba di Maran

Sindiket ini dipercayai menggunakan modus operanandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’ dan juga melalui pengurup wang.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman dua suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular