SPRM tahan tiga anggota polis disyaki terima rasuah

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing pada November tahun lalu.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan permohonan reman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular