‘SPRM tak boleh paksa, tapi harapkan kerjasama Wan Saiful’

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ahli Parlimen Bersatu, Wan Saiful Wan Jan memberikan kerjasama dalam siasatan berhubung dakwaan dia ditawarkan habuan sebagai balasan menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Azam Baki berkata pihaknya sedar bahawa ucapan Wan Saiful dilindungi di bawah perlembagaan, namun meminta dia tampil sebagai saksi.

“Kami sedar tentang semua peruntukan undang-undang (yang memberi kekebalan kepada ahli parlimen di Dewan Rakyat), tetapi itu lebih kepada tindakan di mahkamah.

“Apa yang kami minta beliau lakukan di sini ialah membantu siasatan kami dengan datang ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan, kerana kami telah pun membuka siasatan.

"Kami berharap mendapat kerjasama beliau kerana kami ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai apa yang beliau katakan di Parlimen," kata Azam kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Wan Saiful pada 15 Mac lalu berkata dia tidak dapat hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan membangkitkan soal kekebalannya sebagai anggota parlimen selain tarikh tidak sesuai.

Wan Saiful juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPRM didakwa mengganggunya dengan cuba merakam kenyataannya berhubung ucapannya di dewan yang mulia itu.

Mengulas lanjut, Azam berkata agensi itu mempunyai tangungjawab untuk menyiasat dakwaan membabitkan rasuah.

Menurutnya, pemimpin Bersatu itu perlu menjelaskan lebih lanjut mengenai kes itu walaupun pihaknya tidak boleh memaksanya berbuat demikian memandangkan kekebalan yang diperolehinya di parlimen.

Azam berkata Wan Saiful melalui peguamnya juga telah menyatakan bahawa dia bersedia bekerjasama dengan SPRM, walaupun dengan syarat SPRM dapat menunjukkan kenapa Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan Dan Kuasa) 1952 boleh dilanggar dalam kes tersebut.

"Orang ramai ingin tahu sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Jadi kini menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan bukti.

“Kami tidak meminta beliau membuat laporan, kerana laporan telah pun dibuat dan oleh itu kami perlu menjalankan siasatan.

MENARIK:  Najib tak arah pengambilalihan Tanjong Energy - saksi

"Jadi dia adalah antara orang yang kita perlu bantu dalam siasatan, kita nak tahu apa yang berlaku kerana dia saksi," katanya.

Pada 28 Feb lalu, Wan Saiful mendakwa dia ditawarkan habuan berupa peruntukan RM1.7 juta untuk kawasannya jika menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia mendakwa individu yang mendakwa mewakili perdana menteri itu juga berkata mereka boleh menggugurkan pertuduhan terhadap Wan Saiful di mahkamah.

Susulan itu, Azam menegaskan sesiapa yang mendakwa menerima habuan rasuah memikul tanggungjawab melaporkannya segera untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Wan Saiful membangkitkan mengenai imuniti atau kekebalan ahli parlimen daripada dikenakan prosiding sivil atas apa-apa petisyen atau usul yang dikemukakan dalam dewan seperti yang terkandung dalam Seksyen 7 Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).

Justeru, menurutnya, tidak ada mana-mana pihak boleh menyentuh perkara yang telah dimuktamadkan oleh Speaker termasuklah ucapan yang disebut di dalam dewan.

"Bila ada kacau ganggu ini, bagi saya, ini satu tekanan yang tidak wajar kepada ahli-ahli parlimen," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular