SSM: Syarikat perlu dedah pemilik sebenar mulai Julai ini

Shopee Sale

Bermula Julai ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tindakan terhadap individu yang berselindung di sebalik proksi bagi menutup pemilikan benifisial mereka dalam sesebuah syarikat.

Pengarah Bahagian Pematuhan Korporat SSM Norhaiza Jemon berkata kegagalan mematuhi arahan itu adalah kesalahan jenayah yang membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Ia merangkumi pemilik befisial dan proksinya, pengarah, serta setiausaha syarikat.

"Langkah pertama adalah mengenakan kompaun kepada mereka yang tidak mematuhinya. Kemudian kita akan beri mereka peluang untuk membetulkannya," katanya.

Namun, Norhaiza berkata SSM tidak akan mendedahkan senarai pemilik benifisial kepada awam, dan hanya menteri boleh memutuskan siapa yang dapat melihatnya.

"Selain agensi pelaporan dan badan penguat kuasa undang-undang, senarai itu kekal sulit," katanya lagi.

Katanya lagi, media dan pertubuhan masyarakat sivil juga tidak diberi akses terhadap maklumat itu, termasuk untuk tujuan pemberitaan.

"Hanya mereka yang ada lokus seperti institusi pelaporan, termasuk institusi kewaangan tempatan dan antarabangsa yang ada di Malaysia, serta setiausaha syarikat.

"Ini kerana mereka menjalankan siasatan. Mereka ada tanggungjawab statutori.

"Tidak seperti negara lain di mana maklumat pemilikan benifisial dapat diperolehi secara percuma, di Malaysia dasar ini sangat dikawal," katanya.

Dia berkata, tindakan melindungi identiti pemilik sebenar syarikat daripada orang awam bukanlah untuk melindungi mereka, memandangkan badan penguat kuasa undang-undang ada akses terhadap maklumat itu.

"Kita tidak melindungi mana-mana pun (pemilik benifisial)," katanya lagi.

Di bawah pindaan terbaru Akta Syarikat 2017 (Akta 777) yang berkuat kuasa 1 Apri lalu, kesemua 673,394 syarikat yang berdaftar dengan SSM perlu menyerahkan nama pemilik benifisial mereka.

Turut perlu berbuat demikian ialah yayasan dan pertubuhan kebajikan.

Namun, akta itu memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mengecualikan syarikat yang telah mendedahkan maklumat itu kepada agensi lain di Malaysia.

MENARIK:  M'sia masih jadi teladan utama di rantau yang penuh autoritarian - RSF

Pada masa ini, tiada akta lain yang mewajibkan syarikat untuk mendedahkan pemilikan benifisial kepada agensi lain.

Pindaan undang-undang itu turut menyentuh takrifan pemilik benifisial yang longgar sebelum ini.

"Takrifan baru akan meliputi syarikat menurut syer dan syarikat menurut jaminan dan pendaftar syarikat telah mengeluarkan garis panduan untuk orang awam agar memahami perkara ini dengan lebih baik," kata Norhaiza.

Sementara setiausaha syarikat dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan maklumat yang diberi, garis panduan turut menyertakan langkah-langkah wajar yang perlu diambil syarikat dengan membuat pelaporan secara tepat.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap maklumat palsu atau mengelirukan. Ada peruntukan yang akan membantu kami mengenal pasti siapa yang perlu bertanggungjawab," katanya.

Katanya lagi, pihak yang mempunyai pemilikan lebih 20 peratus dalam syarikat juga dikira sebagai pemilik benefisial.

Walaupun Akta 777 sebelum ini mewajibkan syarikat untuk mendedahkan pemilik benifisialnya, perubahan terbaru ini memerlukan pemilik itu sendiri yang memaklumkan perkara itu.

Ini bermakna mereka perlu memaklumkan perananan sebenar dalam syarikat yang berkaitan.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular