Status Adun Nenggiri: DUN Kelantan tunggu surat rasmi Bersatu

Shopee Sale

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Bersatu sebelum memutuskan status Adun Nenggiri, Mohd Aziz Abu Naim.

Speakernya Mohd Amar Abdullah mengesahkan setakat ini Mohd Azizi masih sah sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan sehingga ada keputusan rasmi dibuat.

“Setakat ini kita masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Adun Nenggiri.

“Mohd Azizi masih Adun sehingga ada keputusan rasmi daripada speaker atau DUN,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Terdahulu Bersatu dilaporkan akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mengenai enam wakil rakyat daripada parti itu yang telah dilucutkan keahlian mereka.

Ketua pemudanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu akan dimaklumkan dalam sidang dewan rakyat pada bulan ini.

Mohd Aziz Abu Naim

Langkah itu diambil selepas enam ahli parlimen terbabit enggan mematuhi arahan Bersatu supaya menyatakan ikrar taat setia kepada parti.

“Logiknya, kami akan menulis kepada speaker Dewan Rakyat bahawa keahlian mereka telah dilucutkan,” katanya.

Selain Mohd Azizi yang juga ahli parlimen Gua Musang, lima lagi ahli parlimen itu ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

MENARIK:  Saintis jumpa planet gebu macam gula-gula kapas

Selain itu seorang lagi wakil rakyat terlibat iaitu Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Bagaimanapun Mohd Azizi berkata tujuh wakil rakyat Bersatu yang gagal menandatangani ikrar setia parti sebelum tarikh akhir 31 Mei yang ditetapkan sedang menunggu jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai kesahihan notis yang diberikan kepada mereka.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular