Stoking hina Islam: Polis tetap siasat KK Super Mart, vendor

Shopee Sale

PARLIMEN | Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap melakukan siasatan terhadap kedai serbaneka KK Super Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah meskipun permohonan maaf telah dikemukakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, berkata polis sudah melakukan pemeriksaan ke atas premis KK Super Mart di seluruh negara dan mendapati penjualan stoking berkenaan telah ditarik balik.

"KDN memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan pemeriksaan di semua premis-premis KK Super Mart di seluruh negara.

"Hasil pemeriksaan yang kita (KDN) buat mendapati KK Super Mart telah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangannya di seluruh negara.

"Namun demikian siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan juga vendor-vendor yang terlibat bagi pastikan stoking ini tidak lagi berada di pasaran dalam negara ini," katanya.

Memberikan penjelasan semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini, Shamsul Anuar berkata, siasatan diteruskan kerana isu tersebut mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam.

Dia yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Mohd Shahar Abdulah (BN- Paya Besar) yang mahu tahu apa tindakan diambil KDN bagi menoktahkan insiden yang mengguris hati umat Islam tersebut.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, jika disabitkan kesalahan pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau pun penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.

"Polis juga telah menerima sebanyak 36 laporan polis tentang ketidakpuasan hati jualan stoking kalimah Allah di KK Super Mart Sunway Selangor," katanya lagi.

MENARIK:  Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita

Rabu lalu, pengendali kedai rangkaian serbanekaitu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

"Kepada semua pelanggan KK Super Mart dan umat Islam khususnya. KK Super Mart ingin memohon maaf di atas kesilapan penjualan stoking berjenama Miranosock di cawangan di Bandar Sunway pada hari ini.

"Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut," katanya dalam kenyataan media.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular