Stoking kalimah Allah: Selangor panggil pengurusan KK Mart

Shopee Sale

Kerajaan Selangor akan memanggil pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah dalam premis syarikat itu baru-baru ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata pihak KK Super Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.

Katanya pengurusan kedai serbaneka itu perlu bertanggungjawab dan ikhlas dengan permohonan maaf yang telah dibuat.

“Kerajaan negeri akan memanggil pengurusan KK Mart bagi mendengar penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

“Mereka kena bertanggungjawab dengan isu itu dan pastikan tiada lagi barang-barang yang mengganggu dan melukakan hati umat Islam,” katanya selepas program Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam Selangor di Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pemeriksaan lanjutan ke atas premis jualan barangan runcit dan serbaneka lain bagi memastikan tiada lagi penjualan stoking tertera kalimah Allah itu di Selangor.

Katanya pemeriksaan menyeluruh melibatkan kerjasama Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah, dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Rizam Ismail, itu dilaksanakan susulan terdapat laporan stoking tersebut turut ditemui di Johor.

“Saya sudah berbincang dengan Mohammad Fahmi berkenaan isu ini, dan kita juga akan tambah anggota penguat kuasa di bawah Datuk Rizam untuk buat pemeriksaan di premis-premis jualan berkaitan termasuk KK Mart.

MENARIK:  Nik Nazmi namakan pemimpin PKR yang boleh gantikan Anwar

“Kita mahu pastikan tiada lagi penjualan stoking ini di pasaran dan jika ada, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Amirudin juga mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta agama, manakala kerajaan tidak akan berkompromi dalam melaksanakan undang-undang demi keharmonian negeri.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular